1. Jangan berhenti BERDOA,
walaupun kita berada diatas sekalipun atau dibawah. Berdoa, berdoa dan berdoa
sebab Tuhan sentiasa bagi kita ujian. Kekayaan dan kebahagiaan pun ujian yang
Tuhan beri, Dia nak tengok kita ni ingat Dia atau tidak. Tuhan sentiasa mendengar,
cuma hanya Dia yang tahu rahsianya sama ada kita bersedia atau tidak.
2. Memberi, sentiasa memberi dan
jangan tengok siapa dia dan jangan mengharap ganjaran.
3. Biar kita menunggu dan jangan
buat orang menunggu. Ini rahsia menjaga hati. Bayangkan kita disituasi
menunggu, pasti kita tidak sukakan.
4. Berkata bila perlu , berkata
biar rasional , berkata biar guna otak.
5. Menangislah..lelaki tak salah
keluarkan air mata.
6. Tunduk , sentiasa tunduk. Biar
tunduk tetapi dada penuh dengan ilmu. Dalam erti kata yang lain , merendahkan
diri.
7. Pergi ke pantai, pasti pikiran
akan tenang.
8. Ingat , kalau kita pikir hidup
kita paling malang…di luar sana, ada lagi insan yang lebih malang hidupnya.
9. Hidup tanpa masalah pun
masalah juga. Masalah tidak akan lari , cuma cara kita menangani dan
menyelesaikan masalah tersebut bergantung kepada diri kita. Jangan menyerah
kerana pasti setiap masalah ada jalan menyelesaikannya…dan jangan lupa doa.
10. Setiap usaha yang dilakukan
dengan ikhlas ,pasti akan dibayar semula. Setinggi mana usaha dan pengorbanan
yang dilakukan , selagi dilakukan dengan ikhlas, tanpa memikirkan ganjaran
pasti Tuhan akan catat. Hanya masa yang menentukan dan dalam bentuk apa.
Harmoney
11/10/16
8.55am