Lokasi: Sekolah
Masa: 7.30-12.30
Fokus: Pelajar
Bab ke-5 untuk kali ini berbeza sedikit dengan bab yang sebelumnya kerana fokus penulisan penulis berkisar dengan pelajar di alam persekolahan, perbandingan pelajar dahulu seperti yang dialami oleh penulis dan sekarang dengan pemerhatian terhadap pelajar.
Mengimbas kembali zaman persekolahan penulis 10 ke 15 tahun yang lalu, terlalu banyak bezanya bukan sahaja dari segi material tetapi juga dari sikap pelajar itu sendiri. Ketika penulis di alam persekolahan, tidak pernah ada pelajar yang memiliki telefon bimbit atau mobile phone. Mengikut perkiraan penulis, hanya pada tahun 2002 dan seterusnya telefon bimbit itu mudah didapati terutamanya bagi golongan pelajar, walaupun ketika itu skrin telefon bimbit masih berwarna hitam putih.
Selari dengan kemudahan telefon bimbit ini, pelajar mudah terdedah dengan banyak informasi dan maklumat tanpa mengira had, sempadan, tanpa mingira umur, bangsa dan agama.
Penulis percaya, dengan kemajuan ini, pelajar mudah rebel atau memberontak kerana terikut-ikutkan rentak budaya yang diambil pinjam dari luar. Jika dahulu pelajar takut untuk bersuara ketika guru mengajar, apatah lagi membuat sesuatu yang boleh menyebabkan satu kesalahan. Lihat pelajar di zaman ini, sejauh mana bezanya?
No comments:
Post a Comment