Kebiasaannya penulis merupakan orang ketiga atau keempat yang datang masuk ke pejabat. Tetapi pada hari tersebut (Sabtu, 1 Disember 2012), penulis datang pada jam 7.40 pagi dan merupakan orang yang pertama datang masuk ke pejabat, dan ketika itu juga datang seorang tetamu untuk berurusan dengan jabatan, dan penulis terpaksa mengambil tugas sebagai pegawai perhubungan pada ketika itu untuk berurusan dengan tetamu tersebut. Selesai sahaja berurusan, penulis pun membuka tabir, penghawa dingin, pintu-pintu dan api elektrik yang pada amnya dilakukan oleh pembersih yang selalunya datang awal. DAN selesai sahaja, penulis lalu menulis di buku catatan kedatangan 7.45 pagi. SELESAI.
Peristiwa seterusnya, memandangkan penulis merupakan orang yang pertama datang masuk pejabat pada jam 7.45 pagi, orang yang selepas penulis dikira masuk selepas jam 7.45 pagi. Seorang kakitangan memanggil penulis dan mengatakan kepada saya agar tidak menulis 7.45 pagi sekiranya penulis awal datang, sebaliknya untuk menulis 7.30 pagi atau lebih awal dari itu. KENAPA?, kerana untuk menyelamatkan kakitangan tersebut. BAGAIMANA?, jika penulis menulis di buku catatan kehadiran jam 7.30 pagi, bermakna jika kakitangan tersebut akhir datang selepas 7.45 pagi, kakitangan tersebut boleh menulis di buku catatan kehadiran 7.35 pagi, walau pun hakikatnya di datang akhir. JUJUR?, tidak…..ohh adakah perbuatan penulis ini semata-mata untuk menyelamat orang lain?
Kesimpulannya, adakah betul memang tidak ada manusia yang betul-betul jujur?, penulis mengharapkan sekurang-kurangnya ada setitik kejujuran dalam diri manusia itu. Penulis selama ini bersikap jujur dengan masa, dan inilah kali pertama penulis diberi teguran agar tidak terlalu jujur.
No comments:
Post a Comment