Refleksi Kendiri (Self Reflection) 4 Tahun Kebelakang
noun self–re·flec·tion \-ri-ˈflek-shən\
·
careful thought about your own behavior and beliefs
Source:
Merriam-Webster's Learner's Dictionary
Pendek kata, Refleksi Kendiri ialah membuat penilaian semula
terhadap perkara-perkara yang telah dilakukan, kemudian mencari permasalahan
yang timbul jika ada dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk
mengelakkan perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan. Refleksi Kendiri
juga ialah mengimbas kembali kedudukan kita pada masa lepas dan sekarang, agar kita
tidak lupa atau alpa dengan diri kita. (…….well, at least dari segi pemahamanku
ler).
Refleksi kendiri 4 tahun kebelakang ialah bermula 2012 hingga
2016. Kenapa tahun 2012??. 2012 ialah tahun perubahan dalam diri ini, perubahan
yang menentukan keputusan masa depan.
“Attitude kita membawa ke sekarang ini,
keputusan sudah ditentukan di masa muda” –Eross Chandra, Shiela On 7 – Music Everywhere.
2012 ialah tahun yang mengubah segala-galanya, dan yang
nyatanya , kedudukkan saya sekarang ini telah ditentukan pada tahun 2012.
Pada Januari 2012 , saya mula ditugaskan di Maktab Anthony
Abell , selepas dua tahun bertugas di Sekolah Menengah Perdana Wazir. And by
the end of January , dapat interview as Pegawai Pelajaran ( sebelum ni ada
ujian bertulis). And by June 2012 , dapat jawapan and kena offer. So
ofcourse..ambil peluang and rezeki atu..
Memang, singkat masanya bertugas di Maktab Anthony Abell ,
sebab inda banyak yang dapat dibuat disana , but yea..bertugas disana lancar saja,
hari-hari perjalanan mengajar lancer. Hujung bulan Jun, tinggalkan sekolah demi
kebaikkan. Yes im still a teacher cuma dalam field yang berbeza.
Dari segi tugas seharian
Memang inda dapat dielakkan, kitani berkerja untuk something,
untuk menampung hidup, untuk hidup yang lebih baik. And, masih ingat masa
kursus di IPA, ada seorang ustaz ni cakap bekerja / bertugas sebagai satu
ibadat (well, im not that good dalam hal agama ni). But saya percaya , selain
kerana rezeki atau menampung hidup..kalau tugas yang dibuat dengan ikhlas,
jujur dan tekun , saya percaya Tuhan akan membalas dengan pahala. Sebab, semua
yang kita lakukan yang di atas tu nampak. Hah, pendek kata, apa pun kita
lakukan , jangan merungut , jangan
mengadu..and jangan berhenti berdoa , berdoa dan berdoa no matter kita diatas
atau dibawah roda kehidupan ni. Bertapa sukarnya akan ada jalan penyelesaian.
Ujian , ujian dan ujian
Sepanjang 4 tahun ni, akan sentiasa ada ujian melanda , ujian
yang menguji ketabahan dan kesabaran. Kadang-kadang terlupa, selain kerja ada
lagi benda penting dalam hidup. Saya lupa mengenai kesihatan, saya jatuh sakit
tanpa apa-apa sebab. And I know ia bukan sakit saja-saja..and syukur sihat
selepas tu walaupun rasa teruk (inda mau mention sini sebab yea ikut kepercaya
sorang-sorang). Bermula saat tu, mula melakukan tugas dengan lebih berhati-hati
, inda baik semata-mata mengejar hasil
yang sempurna , diri sendiri and orang sekeliling terlupa.
Mama & Babah
Mama tempat mengadu, yes I know aku bukan kanak-kanak, tapi
masih cari mama ,walaupun kadang-kadang respond mama inda macam yang ku
harapkan, tapi I know, mama buat macam ni sebab mau aku berdikari, sebab mau
aku lebih berani menyelesaikan masalah-masalah kehidupan. Tapi sebagai seorang
anak , apapun inda pernah membelakangi, at least I keep on update apa yang aku
buat and jua minta pendapat.
And Babah, walaupun tani inda becakap , please jua understand that aku bukan
kanak-kanak, and I don’t need you untuk tentukan apa yang perlu aku buat. You
know kenapa aku macam ni, sebab the way u besarkan aku and aku memberontak, and
aku memberontak untuk kebaikkanku sebab I can think mana yang baik mana yang
buruk.
And memang aku inda depend 100% arah kamu, but yes aku
manusia, and pandai mengenang.(malas memanjang)
Duit
Hahaha, inda desperate banar , kadang hujung bulan pun macam inda ingau jua
(like..oh payday panya). Yang penting aku bayar semua komitmen ku,
alhamdullilah mencukupi. Tricknya..
-berbelanja ikut kemampuan ,
-berbelanja ikut keperluaan ,
-jangan check balance duit ,
-jangan loan ,
-jangan berhutang ,
-bantu orang yang memerlukan walaupun ia kan
berhutang tapi halalkan tah saja, jangan pikirkan bila ia kan membayar balik,
-Bagi kucing makan,
-Bali makanan untuk orang rumah,
-Bagi indung sedikit hasil dari kitani tiap
bulan,
-Sekali-sekala bolehlah beli something untuk
menghargai usaha sendiri.
Aku??hehe..aku spend duit mostly arah CD games
then on my music stuff atu saja. Makan minumku..inda memilih hahaha.
And, last time, kawan ni tanya..hidup mu stable
sudah??.And aku jawab belum, sebab banyak lagi benda yang dipikirkan. And I don’t
know apa sebenarnya yang kan dipikirkan tu hahaha.
Vacation
Vacation ni actually nada dalam kamus hidupku, ia bermula
masa tahun 2009, cuzin bawa belayar ke Hong Kong, start sana addicted, so mula
sana like tiap tahun belayar, belayar and belayar.
Satu rekod for me in 2012, dalam masa dua minggu tu belayar
ke empat negara , Korea , Hong Kong , Shenzhen & Macau..then 2014 ke Hong
Kong lagi and 2015 ke Korea lagi.
Sebenarnya, inda ada apa-apa pasal vacation ni. Tapi aku
suka..suka melihat kehidupan and budaya orang. Cara mereka bercakap, cara
mereka menjalani kehidupan harian, then membuat perbandingan kehidupan kitani
di Brunei dengan mereka..kadang-kadang merasa diri ni kerdil and bertuahnya
hidup kitani.
Ah okay..i will sambung this nanti, sebab 9.22am, aku lapar,
tadi perut berbunyi, mau cari food dulu..see yaa.