12 Disember 2012- Hari ini bertambah
lagi setahun usiaku. Selama hidup di muka bumi ini tidak pernah terlintas dalam
diri ini untuk mensyukuri segala yang telah dikecapi. Pelbagai pengalaman hidup
suka duka tawa tangis telah dilalui. Namun begitu perjalanan umpama sebuah
roda, ada kalanya berada di bawah dan ada kalanya di atas. Di kala berada di bawah, terasa hidup ini perit, air
mata menitis dan hanya mampu berkata dalam diri untuk bersabar. Di kala berada
di atas pula, terlupa akan saat berada di bawah. Namun di saat berada di atas
mahupun di bawah, tidak pernah terputus dalam diri ini untuk sentiasa berdoa,
berdoa dan berdoa, sentiasa berusaha, sentiasa melakukan sesuatu itu dengan
ikhlas, dan di saat diri ini rebah jatuh berputus asa, pasti akan ada yang
memimpin untuk membantu semula berdiri, akan pasti datang sebuah harapan yang
dinantikan. Syukur untuk semuanya.
Mama & babah, saya tahu tulisan
coretan ini tidak akan dibaca, namun di dalam lubuk hati ini ingin mengucapkan
terima kasih, kerana membesarkan saya, mendidik saya sejak dari kecil,
menasihati saya, menyedarkan saya, memberi harapan, sentiasa bersabar dengan
kerenahku, memasakkan makanan untuk di bawa ke pejabat, mencuci kereta saya dan
sebagainya, terima kasih untuk segalanya, dan diri ini tidak pernah untuk
merasa letih dan bosan untuk semua itu, dan pasti mahukan semua itu lagi selamanya.
Untuk rakan, teman dan sahabat,
terima kasih kerana masih sama-sama mengharungi dunia ini, anda semua telah dan
sentiasa memberikan saya senyuman, mewarnai kehidupan saya, sentiasa berada di
sisi bilaku memerlukan. Harapanku agar persahabatan yang dibina dan telah
dibina ini tidak akan roboh, tidak akan goyah baik digoncang. Walaupun ada
jurang yang menjauhi kita, namun dihati tetap ingat, anda ia sahabatku. Terima
kasih.
Untuk anak-anak didikkan ku yang
pernah ku ajar di SMPAPHRSBL, SMPW & AAC, sama ada secara langsung atau
tidak langsung terima kasih untuk ucapannya dan terima kasih kerana
berkesempatan menjadi pelajar-pelajarku. Dari kamu semua saya mengajar, dan
juga saya belajar dari kamu semua. Terima kasih kerana tidak banyak menimbulkan
banyak beban dan masalah kesusahan ketika diri ini masih bergelar pendidik dan
kini juga masih seorang pendidik dan selamanya akan mendidik. Setiap seorang
daripada kamu telah memberikan saya warna-warna dalam hidup saya untuk
menjadikan diri ini lebih matang dan memahami akan kehidupan ini. Saya tahu
diri ini belum melakukan yang terbaik untuk kamu semua, seribu kemaafan
sekiranya kehadiran sebagai seorang guru untuk kamu hanyalah sementara umpama
persinggahan.
Dan yang terakhir untuk mengakhirkan
tulisan ini, "andai kata diri ini banyak melakukan salah dan silap, mohon
kemaafan dariku sebagai insan biasa yang sentiasa serba kekurangan".
Terima kasih
Harmoney bin Late
12 Disember 2012
No comments:
Post a Comment