People Change , Things Go Wrong, Shit Happens, But Life Goes On

Pages


Salam, hari ini saya nak menulis sedikit mengenai wayang Bohemian Rhapsody yang telah ditayangkan baru-baru ini, dan saya sendiri telah menyaksikan wayang tersebut sebanyak dua kali. Sekiranya ada kesempatan lain ingin rasanya saya untuk menyaksikannya sekali lagi, atau paling tidaknya membeli DVD sahaja.

Baiklah , wayang Bohemian Rhapsody mengisahkan cerita mengenai perjalanan sebuah kumpulan yang dianggap lagenda sepanjang zaman iaitu Queen. Bermula dari penubuhan kumpulan tersebut pada awal 1970 hingga ke persembahan ikonik tahun 1985 di LiveAid Concert.

Tajuk Bohemian Rhapsody diambil dari tajuk lagu yang ditulis oleh Freddie Mercury sendiri dan lagu tersebut sahaja mengambil masa sepanjang 6 minit dan para pengkritik telah banyak berdebat mengenai maksud yang terselindung didalam lagu tersebut. Sehinggalah saat kematian Freddie , maksud lagu tersebut masih tidak dapat dirungkai, dan  Freddie sendiri tidak menjelaskan maksud sebenar lagu yang ditulisnya. Lagu Bohemian Rhapsody bagi pendapat saya adalah sangat unik dan ganjil, kerana didalamnya ada beberapa genre musik dimasukkan dari ballad , ke rock , ke opera dan seterusnya. Lagu ini telah direlease pada tahun 1975 di dalam album Night At The Opera dan ada yang berpendapat Freddie telah menulis lagu ini lebih awal sebelum 1975.

Wayang Bohemian Rhapsody menceritakan perjalanan kumpulan Queen , bermula dari sebuah kumpulan yang bermain ditempat kecil pada waktu malam , sehingga cita-cita jauh Freddie membawa mereka keluar untuk merakamkan sebuah album. Dan ketika merakamkan album tersebut mereka telah diperhatikan oleh John Anthony yang telah membawa mereka lebih jauh lagi. Namun kejayaan yang telah mereka kecapi ini telah membawa kesan-kesan negatif terutama kepada Freddie Mercury sekali.

Persembahan di Live Aid 1985: Wayang Bohemian Rhapsody di penghujungnya telah memfokuskan kepada konsert mereka di Live Aid 1985. Kenapa?. Live Aid 1985 pada pemahaman saya ialah sebuah konsert yang disertai oleh ramai artis untuk mengumpul dana bagi mangsa kebuluran Ethiopia. Konsert 1985 ini bukan sahaja diadakan di Stadium Wembley, ia juga diadakan di Amerika Syarikat di Stadium JFK, disiarkan secara langsung secara serentak.

Kenapa Queen dianggap ikonik di persembahan tersebut sehingga wayang Bohemian Rhapsody meniru persembahan tahun 1985 tersebut. Artis Elton John mengatakan Queen telah mencuri persembahan. Saya sendiri telah berulang kali menonton konsert tersebut di Youtube juga bersetuju Queen menjadi perhatian berbanding artis-artis yang lain. Freddie sendiri di konsert tersebut berjaya memukau penonton dengan pergerakan yang tidak static bergerak ke sana sini. Ditambah lagi dengan lagu-lagu yang melonjak nama Queen , bermula dengan lagu Bohemian Rhapsody , Radio Gaga yang menyaksikan penonton bertepuk tangan serentak , We Will Rock You dan lagu yang lainnya. Jika di wayang hanya menampilkan empat buah lagu sahaja, tetapi realitinya pada tahun 1985 , ada dua buah lagu lagi yang mereka persembahkan, dan Queen di akhir sekali ada sebuah lagi lagu penutup. Ramai artis ketika itu memuji persembahan Queen termasuklah Kurt Cobain dan Robbie William sendiri.

Ada satu perasaan ketika Konsert 1985 di wayang Bohemian Rhapsody menghampir penutup. Perasaan bahawa Freddie akan meninggalkan ketiga-tiga rakannya , perasaan bahawa dia akan pergi selamanya . Saya sendiri dengan jujurnya hampir menitiskan air mata apabila Rami Malek berjalan perlahan dan lagu Don’t Stop Me Now berkumandang. Dan ketika ini kita tahu kesakitan yang dialami oleh Freddie. Penonton ketika didalam panggung seolah-olah tidak mahu keluar walaupun wayang sudah habis, mereka seperti mengharapkan ada scene lain tetapi tidak. Ya, rasa keberatan  untuk meninggalkan panggung saat itu.

Queen masih hidup dan masih meneruskan persembahan bersama artis-artis yang lain sebagai mengganti tempat Freedie. Tetapi Freddie tidak ada pengantinya. Selama dua dekad dia telah menghasilkan lagu-lagu yang sehingga kini masih dapat diterima dan didengar.
Saya lahir Disember 1984, sengaja saya tidak dedahkan semuanya, anda sendiri saksikan wayang tersebut dan saksikan jua konsert sebenar mereka di Live Aid 1985.