Salam, hari ini saya nak
menulis sedikit mengenai wayang Bohemian Rhapsody yang telah ditayangkan
baru-baru ini, dan saya sendiri telah menyaksikan wayang tersebut sebanyak dua
kali. Sekiranya ada kesempatan lain ingin rasanya saya untuk menyaksikannya
sekali lagi, atau paling tidaknya membeli DVD sahaja.
Baiklah , wayang Bohemian
Rhapsody mengisahkan cerita mengenai perjalanan sebuah kumpulan yang dianggap lagenda
sepanjang zaman iaitu Queen. Bermula dari penubuhan kumpulan tersebut pada awal
1970 hingga ke persembahan ikonik tahun 1985 di LiveAid Concert.
Tajuk Bohemian Rhapsody diambil
dari tajuk lagu yang ditulis oleh Freddie Mercury sendiri dan lagu tersebut
sahaja mengambil masa sepanjang 6 minit dan para pengkritik telah banyak berdebat
mengenai maksud yang terselindung didalam lagu tersebut. Sehinggalah saat
kematian Freddie , maksud lagu tersebut masih tidak dapat dirungkai, dan Freddie sendiri tidak menjelaskan maksud
sebenar lagu yang ditulisnya. Lagu Bohemian Rhapsody bagi pendapat saya adalah
sangat unik dan ganjil, kerana didalamnya ada beberapa genre musik dimasukkan
dari ballad , ke rock , ke opera dan seterusnya. Lagu ini telah direlease pada
tahun 1975 di dalam album Night At The Opera dan ada yang berpendapat Freddie
telah menulis lagu ini lebih awal sebelum 1975.
Wayang Bohemian Rhapsody
menceritakan perjalanan kumpulan Queen , bermula dari sebuah kumpulan yang
bermain ditempat kecil pada waktu malam , sehingga cita-cita jauh Freddie
membawa mereka keluar untuk merakamkan sebuah album. Dan ketika merakamkan
album tersebut mereka telah diperhatikan oleh John Anthony yang telah membawa
mereka lebih jauh lagi. Namun kejayaan yang telah mereka kecapi ini telah
membawa kesan-kesan negatif terutama kepada Freddie Mercury sekali.
Persembahan di Live Aid
1985: Wayang Bohemian Rhapsody di penghujungnya telah memfokuskan kepada konsert
mereka di Live Aid 1985. Kenapa?. Live Aid 1985 pada pemahaman saya ialah
sebuah konsert yang disertai oleh ramai artis untuk mengumpul dana bagi mangsa
kebuluran Ethiopia. Konsert 1985 ini bukan sahaja diadakan di Stadium Wembley,
ia juga diadakan di Amerika Syarikat di Stadium JFK, disiarkan secara langsung
secara serentak.
Kenapa Queen dianggap
ikonik di persembahan tersebut sehingga wayang Bohemian Rhapsody meniru
persembahan tahun 1985 tersebut. Artis Elton John mengatakan Queen telah
mencuri persembahan. Saya sendiri telah berulang kali menonton konsert tersebut
di Youtube juga bersetuju Queen menjadi perhatian berbanding artis-artis yang lain.
Freddie sendiri di konsert tersebut berjaya memukau penonton dengan pergerakan
yang tidak static bergerak ke sana sini. Ditambah lagi dengan lagu-lagu yang
melonjak nama Queen , bermula dengan lagu Bohemian Rhapsody , Radio Gaga yang
menyaksikan penonton bertepuk tangan serentak , We Will Rock You dan lagu yang
lainnya. Jika di wayang hanya menampilkan empat buah lagu sahaja, tetapi realitinya
pada tahun 1985 , ada dua buah lagu lagi yang mereka persembahkan, dan Queen di
akhir sekali ada sebuah lagi lagu penutup. Ramai artis ketika itu memuji
persembahan Queen termasuklah Kurt Cobain dan Robbie William sendiri.
Ada satu perasaan ketika
Konsert 1985 di wayang Bohemian Rhapsody menghampir penutup. Perasaan bahawa
Freddie akan meninggalkan ketiga-tiga rakannya , perasaan bahawa dia akan pergi
selamanya . Saya sendiri dengan jujurnya hampir menitiskan air mata apabila
Rami Malek berjalan perlahan dan lagu Don’t Stop Me Now berkumandang. Dan
ketika ini kita tahu kesakitan yang dialami oleh Freddie. Penonton ketika
didalam panggung seolah-olah tidak mahu keluar walaupun wayang sudah habis,
mereka seperti mengharapkan ada scene lain tetapi tidak. Ya, rasa keberatan untuk meninggalkan panggung saat itu.
Queen masih hidup dan
masih meneruskan persembahan bersama artis-artis yang lain sebagai mengganti
tempat Freedie. Tetapi Freddie tidak ada pengantinya. Selama dua dekad dia
telah menghasilkan lagu-lagu yang sehingga kini masih dapat diterima dan didengar.
Saya lahir Disember
1984, sengaja saya tidak dedahkan semuanya, anda sendiri saksikan wayang
tersebut dan saksikan jua konsert sebenar mereka di Live Aid 1985.
No comments:
Post a Comment