Minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri kursus di
Institut Perkhidmatan Awam. Kursus ialah mengenai Perhubungan Awam. Selama
empat hari berkursus, banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi. Tetapi ada satu
perkara yang menarik perhatian saya iaitu bila pensyarah menyebut mengenai
Persepsi.
Persepsi - Gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang
sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan. (Kamus Dewan:Edisi
Keempat)
Saya tak nak sebut mengenai perbincangan di dalam kelas
kursus. Saya nak kongsi sedikit pendapat saya mengenai Persepsi ini. Kalau
menurut Kamus Dewan, ia adalah mengenai gambaran atau bayangan dalam hati atau
fikiran tentang sesuatu. Ia adalah melalui kata-kata yang kita dengar atau
mungkin yang kita lihat dengan mata. Persepsi ni boleh juga disama ertikan
dengan first impression.
Gambaran atau bayangan tentang sesuatu boleh jadi positif
atau negatif. Saya ambil contoh, orang selalu membuat persepsi mengenai diri
saya yang pendiam, pemalu, tidak banyak cakap dan terlalu serious.(Ketawa dalam
hati). Sebab pada persepsi awalnya mereka belum mengenali saya. Namun persepsi
seseorang terhadap saya akan berubah, kerana mereka hanya nampak secara luaran
sahaja setelah mengenali saya dengan mendalam.
Contoh lain, ialah mengemaskini status di Facebook. Status
boleh mengundang pelbagai persepsi. Sekali dua mungkin orang salah membuat
persepsi, tetapi setelah berulang kali dengan status , dengan nada yang sama ,
intonasi yang sama, manusia yang membaca tidak akan silap atau salah membuat
persepsi. Kita lihat remaja mengemaskini mengenai hubungan mereka dan kita akan
dapat menangkap erti sebenar status mereka. Inilah persepsi. Hanya melalui gambar pun orang akan membuat persepsi juga.
Persepsi mengundang khabar angin. Persepsi yang dibuat akan
disampaikan kepada orang lain sehingga persepsi tersebut menjadi viral.
Persepsi yang tidak betul boleh merosakkan hari seseorang. Nak membetulkan
persepsi yang salah bukan senang.
Tuan Fuad Razali dari Malaysia mengatakan, sekiranya ada
persepsi yang salah, pertama berikan penjelasan jika perlu. Memberi penjelasan
adalah dengan membetulkan dan memberi penerangan mengenai khabar angin yang
salah. Kedua menafikan sekiranya tidak betul. Menafikan berbalik kepada yang
pertama, nafi dan beri penjelasan. Dan ketiga, ignore atau jangan peduli.
Ignore bukan sombong dan bukan tidak sopan, cuma kita tidak mengendahkan
persepsi yang tidak betul. Memberi penjelasan pun tidak akan membawa perubahan
dan menafikan pun orang tetap tidak percaya.
Apa pengajaran dan iktibar yang perlu diambil melalui
persepsi ini. Pertama berhati-hati dengan orang sekeliling. Salah dan silap
tingkah laku membuat persepsi terhadap kita menjadi salah. Jadilah diri anda
sendiri tidak meninggi dan tidak merendahkan diri. Orang pasti akan terima diri
kita seadanya.
Kita tidak dapat lari dari persepsi. Setiap masa kita membuat
persepsi dan orang membuat persepsi mengenai kita. Jadi berhati-hatilah
No comments:
Post a Comment