Masalah di tempat kerja
kita ialah kita terlalu membuat perbandingan dengan orang lain dengan diri
kita. Sabagai contoh, saya banyak kerja kenapa dia nampak santai? atau kenapa
saya sahaja, kenapa tak berikan task kepada dia?. Ini adalah pemikiran lapuk
yang dimamah usia, pemikiran yang 20 atau 30 tahun sepatutnya sudah pupus.
Orang seperti ini tidak
mempunyai cara bekerja secara professional. Jika seorang pekerja itu mempuyai professionalism
melakukan kerja, dia akan nampak , setiap kerja yang diberikan itu sebagai satu
cabaran , satu kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh orang atasan untuk
diselesaikan.
Kedua ,
membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain sepatutnya tidak timbul.
Kita tidak tahu task-task yang telah dilakukannya telah siap atau sedang
disiapkan secara diam-diam hingga zahirnya dia nampak santai.
Selain tahu membuat
perbandingan, masalah selain itu ialah trend membawang atau trend membawa mulut
ke sana sini. Trend lengkap ini tidak hanya difokuskan kepada jantina betina
tetapi turut dibuat oleh jantina jantan (jantan kerrr??).
Trend ini sepatutnya tidak
ada wujud ditempat kerja kita, sebab jika ianya wujud, ia memberi erti bahawa
kita mempunyai kesantaian tahap pantai Miami sehinggakan kita mempunyai masa
untuk lepak membawang bersama rakan-rakan.
Yes, trend ini sebenarnya
yang menghancurkan sebuah organisasi atau memecahkan belahkan kita. Sebab
fitnah berleluasa , cerita satu pihak tersebar , mendengar tanpa melihat
perkara sebenar menjadi kebiasaan.
Ini sahaja untuk kali ini
berjumpa nanti untuk sambung dan tajuk yang lain iaitu Talam Dua Muka.
No comments:
Post a Comment