People Change , Things Go Wrong, Shit Happens, But Life Goes On

Pages

Bekerja Biar Ikhlas

Masalah di tempat kerja kita ialah kita terlalu membuat perbandingan dengan orang lain dengan diri kita. Sabagai contoh, saya banyak kerja kenapa dia nampak santai? atau kenapa saya sahaja, kenapa tak berikan task kepada dia?. Ini adalah pemikiran lapuk yang dimamah usia, pemikiran yang 20 atau 30 tahun sepatutnya sudah pupus.

Orang seperti ini tidak mempunyai cara bekerja secara professional. Jika seorang pekerja itu mempuyai professionalism melakukan kerja, dia akan nampak , setiap kerja yang diberikan itu sebagai satu cabaran , satu kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh orang atasan untuk diselesaikan.

Kedua , membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain sepatutnya tidak timbul. Kita tidak tahu task-task yang telah dilakukannya telah siap atau sedang disiapkan secara diam-diam hingga zahirnya dia nampak santai.

Selain tahu membuat perbandingan, masalah selain itu ialah trend membawang atau trend membawa mulut ke sana sini. Trend lengkap ini tidak hanya difokuskan kepada jantina betina tetapi turut dibuat oleh jantina jantan (jantan kerrr??).

Trend ini sepatutnya tidak ada wujud ditempat kerja kita, sebab jika ianya wujud, ia memberi erti bahawa kita mempunyai kesantaian tahap pantai Miami sehinggakan kita mempunyai masa untuk lepak membawang bersama rakan-rakan.

Yes, trend ini sebenarnya yang menghancurkan sebuah organisasi atau memecahkan belahkan kita. Sebab fitnah berleluasa , cerita satu pihak tersebar , mendengar tanpa melihat perkara sebenar menjadi kebiasaan.

Ini sahaja untuk kali ini berjumpa nanti untuk sambung dan tajuk yang lain iaitu Talam Dua Muka.

Salam, hari ini saya nak menulis sedikit mengenai wayang Bohemian Rhapsody yang telah ditayangkan baru-baru ini, dan saya sendiri telah menyaksikan wayang tersebut sebanyak dua kali. Sekiranya ada kesempatan lain ingin rasanya saya untuk menyaksikannya sekali lagi, atau paling tidaknya membeli DVD sahaja.

Baiklah , wayang Bohemian Rhapsody mengisahkan cerita mengenai perjalanan sebuah kumpulan yang dianggap lagenda sepanjang zaman iaitu Queen. Bermula dari penubuhan kumpulan tersebut pada awal 1970 hingga ke persembahan ikonik tahun 1985 di LiveAid Concert.

Tajuk Bohemian Rhapsody diambil dari tajuk lagu yang ditulis oleh Freddie Mercury sendiri dan lagu tersebut sahaja mengambil masa sepanjang 6 minit dan para pengkritik telah banyak berdebat mengenai maksud yang terselindung didalam lagu tersebut. Sehinggalah saat kematian Freddie , maksud lagu tersebut masih tidak dapat dirungkai, dan  Freddie sendiri tidak menjelaskan maksud sebenar lagu yang ditulisnya. Lagu Bohemian Rhapsody bagi pendapat saya adalah sangat unik dan ganjil, kerana didalamnya ada beberapa genre musik dimasukkan dari ballad , ke rock , ke opera dan seterusnya. Lagu ini telah direlease pada tahun 1975 di dalam album Night At The Opera dan ada yang berpendapat Freddie telah menulis lagu ini lebih awal sebelum 1975.

Wayang Bohemian Rhapsody menceritakan perjalanan kumpulan Queen , bermula dari sebuah kumpulan yang bermain ditempat kecil pada waktu malam , sehingga cita-cita jauh Freddie membawa mereka keluar untuk merakamkan sebuah album. Dan ketika merakamkan album tersebut mereka telah diperhatikan oleh John Anthony yang telah membawa mereka lebih jauh lagi. Namun kejayaan yang telah mereka kecapi ini telah membawa kesan-kesan negatif terutama kepada Freddie Mercury sekali.

Persembahan di Live Aid 1985: Wayang Bohemian Rhapsody di penghujungnya telah memfokuskan kepada konsert mereka di Live Aid 1985. Kenapa?. Live Aid 1985 pada pemahaman saya ialah sebuah konsert yang disertai oleh ramai artis untuk mengumpul dana bagi mangsa kebuluran Ethiopia. Konsert 1985 ini bukan sahaja diadakan di Stadium Wembley, ia juga diadakan di Amerika Syarikat di Stadium JFK, disiarkan secara langsung secara serentak.

Kenapa Queen dianggap ikonik di persembahan tersebut sehingga wayang Bohemian Rhapsody meniru persembahan tahun 1985 tersebut. Artis Elton John mengatakan Queen telah mencuri persembahan. Saya sendiri telah berulang kali menonton konsert tersebut di Youtube juga bersetuju Queen menjadi perhatian berbanding artis-artis yang lain. Freddie sendiri di konsert tersebut berjaya memukau penonton dengan pergerakan yang tidak static bergerak ke sana sini. Ditambah lagi dengan lagu-lagu yang melonjak nama Queen , bermula dengan lagu Bohemian Rhapsody , Radio Gaga yang menyaksikan penonton bertepuk tangan serentak , We Will Rock You dan lagu yang lainnya. Jika di wayang hanya menampilkan empat buah lagu sahaja, tetapi realitinya pada tahun 1985 , ada dua buah lagu lagi yang mereka persembahkan, dan Queen di akhir sekali ada sebuah lagi lagu penutup. Ramai artis ketika itu memuji persembahan Queen termasuklah Kurt Cobain dan Robbie William sendiri.

Ada satu perasaan ketika Konsert 1985 di wayang Bohemian Rhapsody menghampir penutup. Perasaan bahawa Freddie akan meninggalkan ketiga-tiga rakannya , perasaan bahawa dia akan pergi selamanya . Saya sendiri dengan jujurnya hampir menitiskan air mata apabila Rami Malek berjalan perlahan dan lagu Don’t Stop Me Now berkumandang. Dan ketika ini kita tahu kesakitan yang dialami oleh Freddie. Penonton ketika didalam panggung seolah-olah tidak mahu keluar walaupun wayang sudah habis, mereka seperti mengharapkan ada scene lain tetapi tidak. Ya, rasa keberatan  untuk meninggalkan panggung saat itu.

Queen masih hidup dan masih meneruskan persembahan bersama artis-artis yang lain sebagai mengganti tempat Freedie. Tetapi Freddie tidak ada pengantinya. Selama dua dekad dia telah menghasilkan lagu-lagu yang sehingga kini masih dapat diterima dan didengar.
Saya lahir Disember 1984, sengaja saya tidak dedahkan semuanya, anda sendiri saksikan wayang tersebut dan saksikan jua konsert sebenar mereka di Live Aid 1985.


PERSEPSI


Minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri kursus di Institut Perkhidmatan Awam. Kursus ialah mengenai Perhubungan Awam. Selama empat hari berkursus, banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi. Tetapi ada satu perkara yang menarik perhatian saya iaitu bila pensyarah menyebut mengenai Persepsi.

Persepsi - Gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan. (Kamus Dewan:Edisi Keempat)

Saya tak nak sebut mengenai perbincangan di dalam kelas kursus. Saya nak kongsi sedikit pendapat saya mengenai Persepsi ini. Kalau menurut Kamus Dewan, ia adalah mengenai gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu. Ia adalah melalui kata-kata yang kita dengar atau mungkin yang kita lihat dengan mata. Persepsi ni boleh juga disama ertikan dengan first impression.

Gambaran atau bayangan tentang sesuatu boleh jadi positif atau negatif. Saya ambil contoh, orang selalu membuat persepsi mengenai diri saya yang pendiam, pemalu, tidak banyak cakap dan terlalu serious.(Ketawa dalam hati). Sebab pada persepsi awalnya mereka belum mengenali saya. Namun persepsi seseorang terhadap saya akan berubah, kerana mereka hanya nampak secara luaran sahaja setelah mengenali saya dengan mendalam.

Contoh lain, ialah mengemaskini status di Facebook. Status boleh mengundang pelbagai persepsi. Sekali dua mungkin orang salah membuat persepsi, tetapi setelah berulang kali dengan status , dengan nada yang sama , intonasi yang sama, manusia yang membaca tidak akan silap atau salah membuat persepsi. Kita lihat remaja mengemaskini mengenai hubungan mereka dan kita akan dapat menangkap erti sebenar status mereka. Inilah persepsi. Hanya melalui gambar pun orang akan membuat persepsi juga.

Persepsi mengundang khabar angin. Persepsi yang dibuat akan disampaikan kepada orang lain sehingga persepsi tersebut menjadi viral. Persepsi yang tidak betul boleh merosakkan hari seseorang. Nak membetulkan persepsi yang salah bukan senang.

Tuan Fuad Razali dari Malaysia mengatakan, sekiranya ada persepsi yang salah, pertama berikan penjelasan jika perlu. Memberi penjelasan adalah dengan membetulkan dan memberi penerangan mengenai khabar angin yang salah. Kedua menafikan sekiranya tidak betul. Menafikan berbalik kepada yang pertama, nafi dan beri penjelasan. Dan ketiga, ignore atau jangan peduli. Ignore bukan sombong dan bukan tidak sopan, cuma kita tidak mengendahkan persepsi yang tidak betul. Memberi penjelasan pun tidak akan membawa perubahan dan menafikan pun orang tetap tidak percaya.

Apa pengajaran dan iktibar yang perlu diambil melalui persepsi ini. Pertama berhati-hati dengan orang sekeliling. Salah dan silap tingkah laku membuat persepsi terhadap kita menjadi salah. Jadilah diri anda sendiri tidak meninggi dan tidak merendahkan diri. Orang pasti akan terima diri kita seadanya.

Kita tidak dapat lari dari persepsi. Setiap masa kita membuat persepsi dan orang membuat persepsi mengenai kita. Jadi berhati-hatilah

Bab 14 : Kelengkapan Menghadapi Hari Esok

1. Jangan berhenti BERDOA, walaupun kita berada diatas sekalipun atau dibawah. Berdoa, berdoa dan berdoa sebab Tuhan sentiasa bagi kita ujian. Kekayaan dan kebahagiaan pun ujian yang Tuhan beri, Dia nak tengok kita ni ingat Dia atau tidak. Tuhan sentiasa mendengar, cuma hanya Dia yang tahu rahsianya sama ada kita bersedia atau tidak.

2. Memberi, sentiasa memberi dan jangan tengok siapa dia dan jangan mengharap ganjaran.

3. Biar kita menunggu dan jangan buat orang menunggu. Ini rahsia menjaga hati. Bayangkan kita disituasi menunggu, pasti kita tidak sukakan.

4. Berkata bila perlu , berkata biar rasional , berkata biar guna otak.

5. Menangislah..lelaki tak salah keluarkan air mata.

6. Tunduk , sentiasa tunduk. Biar tunduk tetapi dada penuh dengan ilmu. Dalam erti kata yang lain , merendahkan diri.

7. Pergi ke pantai, pasti pikiran akan tenang.

8. Ingat , kalau kita pikir hidup kita paling malang…di luar sana, ada lagi insan yang lebih malang hidupnya.

9. Hidup tanpa masalah pun masalah juga. Masalah tidak akan lari , cuma cara kita menangani dan menyelesaikan masalah tersebut bergantung kepada diri kita. Jangan menyerah kerana pasti setiap masalah ada jalan menyelesaikannya…dan jangan lupa doa.

10. Setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas ,pasti akan dibayar semula. Setinggi mana usaha dan pengorbanan yang dilakukan , selagi dilakukan dengan ikhlas, tanpa memikirkan ganjaran pasti Tuhan akan catat. Hanya masa yang menentukan dan dalam bentuk apa.

Harmoney
11/10/16

8.55am

Refleksi Kendiri (Self Reflection) 4 Tahun Kebelakang


Refleksi Kendiri (Self Reflection) 4 Tahun Kebelakang
noun  self–re·flec·tion \-ri-ˈflek-shən\
·    careful thought about your own behavior and beliefs
Source: Merriam-Webster's Learner's Dictionary

Pendek kata, Refleksi Kendiri ialah membuat penilaian semula terhadap perkara-perkara yang telah dilakukan, kemudian mencari permasalahan yang timbul jika ada dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan. Refleksi Kendiri juga ialah mengimbas kembali kedudukan kita pada masa lepas dan sekarang, agar kita tidak lupa atau alpa dengan diri kita. (…….well, at least dari segi pemahamanku ler).
Refleksi kendiri 4 tahun kebelakang ialah bermula 2012 hingga 2016. Kenapa tahun 2012??. 2012 ialah tahun perubahan dalam diri ini, perubahan yang menentukan keputusan masa depan.

“Attitude kita membawa ke sekarang ini, keputusan sudah ditentukan di masa muda” –Eross Chandra, Shiela On 7 – Music Everywhere.

2012 ialah tahun yang mengubah segala-galanya, dan yang nyatanya , kedudukkan saya sekarang ini telah ditentukan pada tahun 2012.
Pada Januari 2012 , saya mula ditugaskan di Maktab Anthony Abell , selepas dua tahun bertugas di Sekolah Menengah Perdana Wazir. And by the end of January , dapat interview as Pegawai Pelajaran ( sebelum ni ada ujian bertulis). And by June 2012 , dapat jawapan and kena offer. So ofcourse..ambil peluang and rezeki atu..
Memang, singkat masanya bertugas di Maktab Anthony Abell , sebab inda banyak yang dapat dibuat disana , but yea..bertugas disana lancar saja, hari-hari perjalanan mengajar lancer. Hujung bulan Jun, tinggalkan sekolah demi kebaikkan. Yes im still a teacher cuma dalam field yang berbeza.

Dari segi tugas seharian
Memang inda dapat dielakkan, kitani berkerja untuk something, untuk menampung hidup, untuk hidup yang lebih baik. And, masih ingat masa kursus di IPA, ada seorang ustaz ni cakap bekerja / bertugas sebagai satu ibadat (well, im not that good dalam hal agama ni). But saya percaya , selain kerana rezeki atau menampung hidup..kalau tugas yang dibuat dengan ikhlas, jujur dan tekun , saya percaya Tuhan akan membalas dengan pahala. Sebab, semua yang kita lakukan yang di atas tu nampak. Hah, pendek kata, apa pun kita lakukan , jangan merungut ,  jangan mengadu..and jangan berhenti berdoa , berdoa dan berdoa no matter kita diatas atau dibawah roda kehidupan ni. Bertapa sukarnya akan ada jalan penyelesaian.

Ujian , ujian dan ujian
Sepanjang 4 tahun ni, akan sentiasa ada ujian melanda , ujian yang menguji ketabahan dan kesabaran. Kadang-kadang terlupa, selain kerja ada lagi benda penting dalam hidup. Saya lupa mengenai kesihatan, saya jatuh sakit tanpa apa-apa sebab. And I know ia bukan sakit saja-saja..and syukur sihat selepas tu walaupun rasa teruk (inda mau mention sini sebab yea ikut kepercaya sorang-sorang). Bermula saat tu, mula melakukan tugas dengan lebih berhati-hati ,  inda baik semata-mata mengejar hasil yang sempurna , diri sendiri and orang sekeliling terlupa.

Mama & Babah
Mama tempat mengadu, yes I know aku bukan kanak-kanak, tapi masih cari mama ,walaupun kadang-kadang respond mama inda macam yang ku harapkan, tapi I know, mama buat macam ni sebab mau aku berdikari, sebab mau aku lebih berani menyelesaikan masalah-masalah kehidupan. Tapi sebagai seorang anak , apapun inda pernah membelakangi, at least I keep on update apa yang aku buat and jua minta pendapat.

And Babah, walaupun tani inda becakap ,  please jua understand that aku bukan kanak-kanak, and I don’t need you untuk tentukan apa yang perlu aku buat. You know kenapa aku macam ni, sebab the way u besarkan aku and aku memberontak, and aku memberontak untuk kebaikkanku sebab I can think mana yang baik mana yang buruk.

And memang aku inda depend 100% arah kamu, but yes aku manusia, and pandai mengenang.(malas memanjang)

Duit
Hahaha, inda desperate banar ,  kadang hujung bulan pun macam inda ingau jua (like..oh payday panya). Yang penting aku bayar semua komitmen ku, alhamdullilah mencukupi. Tricknya..
-berbelanja ikut kemampuan ,
-berbelanja ikut keperluaan ,
-jangan check balance duit ,
-jangan loan ,
-jangan berhutang ,
-bantu orang yang memerlukan walaupun ia kan berhutang tapi halalkan tah saja, jangan pikirkan bila ia kan membayar balik,
-Bagi kucing makan,
-Bali makanan untuk orang rumah,
-Bagi indung sedikit hasil dari kitani tiap bulan,
-Sekali-sekala bolehlah beli something untuk menghargai usaha sendiri.

Aku??hehe..aku spend duit mostly arah CD games then on my music stuff atu saja. Makan minumku..inda memilih hahaha.

And, last time, kawan ni tanya..hidup mu stable sudah??.And aku jawab belum, sebab banyak lagi benda yang dipikirkan. And I don’t know apa sebenarnya yang kan dipikirkan tu hahaha.

Vacation
Vacation ni actually nada dalam kamus hidupku, ia bermula masa tahun 2009, cuzin bawa belayar ke Hong Kong, start sana addicted, so mula sana like tiap tahun belayar, belayar and belayar.

Satu rekod for me in 2012, dalam masa dua minggu tu belayar ke empat negara , Korea , Hong Kong , Shenzhen & Macau..then 2014 ke Hong Kong lagi and 2015 ke Korea lagi.

Sebenarnya, inda ada apa-apa pasal vacation ni. Tapi aku suka..suka melihat kehidupan and budaya orang. Cara mereka bercakap, cara mereka menjalani kehidupan harian, then membuat perbandingan kehidupan kitani di Brunei dengan mereka..kadang-kadang merasa diri ni kerdil and bertuahnya hidup kitani.


Ah okay..i will sambung this nanti, sebab 9.22am, aku lapar, tadi perut berbunyi, mau cari food dulu..see yaa.

Coretan 12 Disember 2012 "Terima Kasih"

12 Disember 2012- Hari ini bertambah lagi setahun usiaku. Selama hidup di muka bumi ini tidak pernah terlintas dalam diri ini untuk mensyukuri segala yang telah dikecapi. Pelbagai pengalaman hidup suka duka tawa tangis telah dilalui. Namun begitu perjalanan umpama sebuah roda, ada kalanya berada di bawah dan ada kalanya di atas. Di kala berada di bawah, terasa hidup ini perit, air mata menitis dan hanya mampu berkata dalam diri untuk bersabar. Di kala berada di atas pula, terlupa akan saat berada di bawah. Namun di saat berada di atas mahupun di bawah, tidak pernah terputus dalam diri ini untuk sentiasa berdoa, berdoa dan berdoa, sentiasa berusaha, sentiasa melakukan sesuatu itu dengan ikhlas, dan di saat diri ini rebah jatuh berputus asa, pasti akan ada yang memimpin untuk membantu semula berdiri, akan pasti datang sebuah harapan yang dinantikan. Syukur untuk semuanya.

Mama & babah, saya tahu tulisan coretan ini tidak akan dibaca, namun di dalam lubuk hati ini ingin mengucapkan terima kasih, kerana membesarkan saya, mendidik saya sejak dari kecil, menasihati saya, menyedarkan saya, memberi harapan, sentiasa bersabar dengan kerenahku, memasakkan makanan untuk di bawa ke pejabat, mencuci kereta saya dan sebagainya, terima kasih untuk segalanya, dan diri ini tidak pernah untuk merasa letih dan bosan untuk semua itu, dan pasti mahukan semua itu lagi selamanya.

Untuk rakan, teman dan sahabat, terima kasih kerana masih sama-sama mengharungi dunia ini, anda semua telah dan sentiasa memberikan saya senyuman, mewarnai kehidupan saya, sentiasa berada di sisi bilaku memerlukan. Harapanku agar persahabatan yang dibina dan telah dibina ini tidak akan roboh, tidak akan goyah baik digoncang. Walaupun ada jurang yang menjauhi kita, namun dihati tetap ingat, anda ia sahabatku. Terima kasih.

Untuk anak-anak didikkan ku yang pernah ku ajar di SMPAPHRSBL, SMPW & AAC, sama ada secara langsung atau tidak langsung terima kasih untuk ucapannya dan terima kasih kerana berkesempatan menjadi pelajar-pelajarku. Dari kamu semua saya mengajar, dan juga saya belajar dari kamu semua. Terima kasih kerana tidak banyak menimbulkan banyak beban dan masalah kesusahan ketika diri ini masih bergelar pendidik dan kini juga masih seorang pendidik dan selamanya akan mendidik. Setiap seorang daripada kamu telah memberikan saya warna-warna dalam hidup saya untuk menjadikan diri ini lebih matang dan memahami akan kehidupan ini. Saya tahu diri ini belum melakukan yang terbaik untuk kamu semua, seribu kemaafan sekiranya kehadiran sebagai seorang guru untuk kamu hanyalah sementara umpama persinggahan.

Dan yang terakhir untuk mengakhirkan tulisan ini, "andai kata diri ini banyak melakukan salah dan silap, mohon kemaafan dariku sebagai insan biasa yang sentiasa serba kekurangan".

Terima kasih
Harmoney bin Late

12 Disember 2012

Bab 13 : Ujian, Ujian, Ujian dan Seterusnya Ujian

Boss : Ada si Mone sana atu??

Mone : *Freeze* *Karau* *nada movement**mata inda kelip-kelip liat laptop* (boh boh ada ni..ada task ni..perlahan tuan..aku dngr suara kita kelajuan jantungku bedegup 200km/sejam..relax tuan aku cuti 17 hari..lagging ni.

Boss : Mone , minta tulungku..ok..ani u go to this website..

Mone: Philippine?

Boss : Awu..ok u log in..

Mone : ok

Boss : Dalam CD ani, ada gambar..i want to edit d Profile, tukar gambarnya..dari semalam I try inda mau..kenapa ia ah..

Mone : *Diam…ok cuba upload, error..cuba kali kedua..error..internet connection ok..either dua..sama ada size bsar atau format gambar inda ngam..* * Try buka photoscape cari converter, menunya nada, buka photoshop..malas sebab loading, online converter ok* * try upload..yes success*

Boss : Dapat??..Apa ko buat??

Mone : Formatnya gambarnya JPEG..tukar ke PNG…

Now, apa yang aku pelajari dari sini..Ok..1st Oktober, baru balik cuti and mula kerja. Dugaan atau Ujian datang bila-bila masa. Dalam masa beberapa saat tadi, aku cuba sekali and almost kan cakap inda dapat arah Boss..terpikir jua kalau aku terus cakap inda dpt seolah-olah ia tau aku orang yang mudah untuk berputus asa..And once aku cakap macam atu..selamanya pandangan ia arah aku will be negative..Selama ni I never kecewakan ia in term of kerja-kerja yang ia bagi..Ia ketua yang baik, pemimpin yang baik..and setiap task yang ia bagi..Alhamdullilah, manage to siapkan, inda bertangguh..

Secondly..cuba dan terus cuba..tadi ambil masa almost 10 minit..cuba satu demi satu..mengaplikasi Teori Thorndike iaitu Cuba dan Jaya. Now..i see ramai org gagal sebab sekali dua sahaja mencuba..and I see orang berjaya dengan sekali cuba saja..well inda mau cakap psl nasib atau, Qada & Qadar..semuanya bergantung kepada keyakinan kitani terhadap sesuatu..bila yakin kita akan bersemangat untuk melakukannya, terasa bermotivasi..so tadi aku tetapkan pendirian ada tiga permasalahan kenapa gambar inda upload..sama ada size ,  format , atau internet connection inda stable..

Simpan dalam diri..Ujian, ujian, ujian dan seterusnya ujian..hidup merupakan ujian dariNya..Jangan gagal jangan menyerah..Yakin dengan diri, kita mampu lakukkannya

1 Oktober 2016

Bab 12 : Moving On

Yes..”Meneruskan Hidup”..Dua patah perkataan membawa maksud yang sangat dalam, penuh bererti, yang memerlukan keberanian ,  ketabahan, kecekalan hati seseorang untuk meneruskan perjalanan hidup ini, dihari-hari yang mendatang.

Dalam hidup saya, terlah berlaku banyak kejadian-kejadian yang memerlukan saya untuk meneruskan hidup dan untuk tidak berputus asa. Kejadian-kejadian ini, telah mendidik , mengajar, menyedarkan siapa diri saya yang sebenar, menyedarkan saya erti kehidupan yang telah terbina.

Yes ada masa, saya menyerah kalah tetapi untuk jangka masa yg tidak diketahui dan hanya selepas itu, diri ini akan berdiri, mula melangkah, dan mula memandang ke depan.


Saya membuat salah dan saya membuat silap..tetapi salah dan silap ini telah mengajarku. Terima kasih untuk semuanya.

Kejujuran Satu Kesalahan

Sabtu, 1 Disember 2012- Peristiwa hari ini telah mengubah persepsiku, pandanganku dan tanggapanku mengenai manusia dan dunia. Adakah kejujuran menjadi satu kesalahan dan apakah dalam dunia ini memang tidak ada manusia yang betul-betul jujur?. Begini kisahnya, seperti biasa, penulis datang ke pejabat sekitar jam 7.30 pagi, lalu menulis di buku catatan kedatangan.

Kebiasaannya penulis merupakan orang ketiga atau keempat yang datang masuk ke pejabat. Tetapi pada hari tersebut (Sabtu, 1 Disember 2012), penulis datang pada jam 7.40 pagi dan merupakan orang yang pertama datang masuk ke pejabat, dan ketika itu juga datang seorang tetamu untuk berurusan dengan jabatan, dan penulis terpaksa mengambil tugas sebagai pegawai perhubungan pada ketika itu untuk berurusan dengan tetamu tersebut. Selesai sahaja berurusan, penulis pun membuka tabir, penghawa dingin, pintu-pintu dan api elektrik yang pada amnya dilakukan oleh pembersih yang selalunya datang awal. DAN selesai sahaja, penulis lalu menulis di buku catatan kedatangan 7.45 pagi. SELESAI.

 Peristiwa seterusnya, memandangkan penulis merupakan orang yang pertama datang masuk pejabat pada jam 7.45 pagi, orang yang selepas penulis dikira masuk selepas jam 7.45 pagi. Seorang kakitangan memanggil penulis dan mengatakan kepada saya agar tidak menulis 7.45 pagi sekiranya penulis awal datang, sebaliknya untuk menulis 7.30 pagi atau lebih awal dari itu. KENAPA?, kerana untuk menyelamatkan kakitangan tersebut. BAGAIMANA?, jika penulis menulis di buku catatan kehadiran jam 7.30 pagi, bermakna jika kakitangan tersebut akhir datang selepas 7.45 pagi, kakitangan tersebut boleh menulis di buku catatan kehadiran 7.35 pagi, walau pun hakikatnya di datang akhir. JUJUR?, tidak…..ohh adakah perbuatan penulis ini semata-mata untuk menyelamat orang lain?

 Kesimpulannya, adakah betul memang tidak ada manusia yang betul-betul jujur?, penulis mengharapkan sekurang-kurangnya ada setitik kejujuran dalam diri manusia itu. Penulis selama ini bersikap jujur dengan masa, dan inilah kali pertama penulis diberi teguran agar tidak terlalu jujur.

Bab 10: Kesedarhanaan Hidup

Masa sentiasa bergerak ke depan, umur kian meningkat, sesuatu yang aku tidak terlalu peka mengenainya sejak beberapa tahun yang lalu kini membuat aku berfikir siapa diriku, dari mana asal usulku.

Sepuluh tahun yang lalu, aku masih ingat akan pakaianku setakat memakai t-shirt murah yang mampu aku beli, tidak pernah mencecah harga sepuluh ringgit, malahan seluar jean yang selalu ku pakai, yang sudah lusuh dan pudar warnanya kerana itulah satu-satunya seluar jean yang aku ada. Aku masih ingat, aku tidak memiliki kasut untuk pergi berjalan-jalan, hanya selipar yang sentiasa menemaniku. Aku tidak mengenali Escapade, aku tidak mengenali Kimchi, Shabu-shabu dan sebagainya. Aku hanya mengenali nasi katok, dan memakan nasi katok sudah cukup memuaskan bagiku. Aku tidak mengenali erti panggung wayang, malah membeli tiket wayang menjadi satu ketakutan bagiku.

Kini aku sudah bekerja, hasil dari gajiku, ku beli banyak barang keperluan, baju banyak, seluar jean empat ke lima pasang dan kasut sudah berlambak-lambak malah ada yang belum lagi dipakai. Hampir semua kedai makan sudahku masuk dan mencubainya yang rata-ratanya sekali makan boleh mencecah puluhan ringgit.

Namun, sejak kebelakangan ini, hidupku telah diduga, mungkin Tuhan mengambil,menarik semula kesenangan yang aku miliki untuk sementara waktu, agar aku tidak peka, tidak terlena dan tidak terlupa akan kesenangan di dunia. Ketika itu aku merasakan duniaku gelap, aku tidak pasti akan masa depanku yang selama ini ku rancang. Aku sembunyikan tangisanku di dalam hati. Namun Tuhan telah menyedarkan aku.

Kini hidupku kembali seperti biasa, aku tercari-cari baju, seluar, selipar yang pernah berbakti kepadaku suatu ketika dulu, walaupun ada sedikit tercarik, berlubang di sana sini. Akanku pakai semula pakaian ini jika hendak pergi kemana-mana. Inilah pakaian yang pernah berbakti dan berjasa padaku suatu ketika dahulu, inilah pakaian yang pernah ku pakai ketika belajar di universiti ketika dahulu. Aku nekad dan berazam untuk tidak melangkah masuk ke tempat makan yang mahal. Aku rela pergi ke kedai-kedai mamak atau kedai-kedai cina. Inilah kesedarhanaan hidup yang selama ini aku tinggalkan.

BAB 7: Manusia dan Perubahan

Manusia dan perubahan sering kali dihubungkan antara satu dengan yang lain. Manusia sering kali bercakap mahu berubah, mahu perubahan tetapi sejauh mana niat ingin berubah itu dapat dikecapi atau tercapai. Namun sedikit perubahan perlulah dibanggakan. Disebaliknya, ada manusia yang tidak pernah atau mahu sekali ingin berubah kerana terlalu memikirkan kesan perubahan tersebut, sebagai contoh terlalu banyak beban pada diri jika ingin berubah.

Kesimpulannya, manusia hanya berubah dan ingin berubah sekiranya berlaku sesuatu perkara.

Show Off



show off
vb (adverb)
1. (tr) to exhibit or display so as to invite admiration
2. (intr) Informal to behave in such a manner as to make an impression
n show-off
Informal a person who makes a vain display of himself

Bab 5: Bekarih, Bejarih dan Belurih

Bekarih, bejarih dan belurih kalau dicari dalam Kamus Dewan memang tidak akan terjumpa, tapi bagi kita sebagai penduduk Brunei, rakyat Brunei dan berbahasa Brunei, tentu pernah mendengar dan tahu maksud ketiga-tiga perkataan ini bekarih, bejarih dan belurih.

Ketiga-tiga perkataan ini sebenarnya saya terjumpa di dalam komen seseorang (Pedang Alam Ghaibku) di laman sosial Facebook, dan seterusnya membuatkan saya terfikir sejenak akan hubungkait ketiga-tiga perkataan ini.

Bekarih dalam erti kata yang lain ialah sanggup, berkemampuan dan mempunyai daya untuk melakukan sesuatu dengan rela hati. Selalunya manusia hanya bekarih di saat-saat awal sahaja.

Bejarih pula ialah berpenat lelah, bersakit-sakit, berhempas pulas dan tidak mengira banyak beban yang dilakukan. Bejarih hanya berlaku dipertengahan perjalanan seseorang dalam melakukan sesuatu

Belurih dalam erti kata yang lain ialah mendapat hasil dari perkerjaan yang dilakukan. Belurih yang dimaksudkan adalah dari pelbagai segi sama ada dari segi nama, wang ringgit, pengiktirafan dan sebagainya.

Dalam kehidupan kita sehari-harian, memang jarang sekali kita terjumpa ketiga-tiga perkataan bekarih, bejarih dan belurih dalam diri kita mahupun orang lain. Namun ramai manusia-manusia yang telah berjaya melalui liku-liku kehidupan mereka adalah disebabkan mereka telah bekarih-karih untuk bejarih sehingga mendapat lurihnya. Di pihak yang lain memang ada yang berjaya mendapat lurihnya disebabkan sanggup bekarih tetapi tidak sanggup bejarih. Apa maksudnya?. Maksudnya ialah mendapat lurih hasil kejarihan orang lain.

Memang kita tidak nafikan dan mungkin anda sendiri pernah mendengar, melihat dengan mata anda sendiri atau anda sendiri pernah merasainya sendiri mengenai hal di atas. Biarlah saya sendiri menceritakan perihal yang belaku melingkari hidup saya sebagai seorang yang bekerja dengan pelbagai ragam manusia. Ada seorang rakan (anggap sahaja sebagai rakan bersahaja) yang mempunyai matlamat setinggi everest, cita-cita yang berkobar-kobar, sangkaan yang begitu mengunung bekarih untuk menyahuti satu cabaran untuk mendapatkan sesuatu lurih. Hanya pada awalnya nampak pada dirinya perkata bekarih. Namun dipertengahan perjalanan perkataan bekarih pada dirinya semakin kabur disebabkan jarih yang dihadapinya. Semata-mata bekarih pada awalnya dan ingin mendapatkan lurih dipengakhirannya tetapi tidak sanggup untuk bejarih ialah dengan membabitkan orang lain agar dapat dijarihkan. Walhal yang pasti bagi saya untuk mendapatkan sesuatu lurih itu bukanlah sesuatu yang dimestikan atau sesuatu yang penting dan mesti ditunaikan. Apa perlunya membabitkan orang lain sedangkan ia tidak kena mengena dengan diri penulis.

Nasihat saya sebagai penulis, sekiranya tugas yang dikarih-karihkan itu tidak dapat diteruskan, jangan babitkan orang lain sehingga orang lain jarih. Tidak ada salahnya jika tugas tersebut ditangguhkan buat sementara kerana ia bukanlah satu tugas yang penting dan mesti dijalankan.

Seterusnya sambungan kepada cerita di atas. Bekarih-karih melakukan tugas yang tidak penting, tetapi tugas yang penting terabai sehinggakan tugas yang penting itu diberikan (atau diulunkan) kepada orang lain. Ini bermaksud orang lain yang jarih. Orang lain yang dimaksudkan itu ialah diri penulis sendiri. Alasan yang sering penulis terima ialah letih, kurang sihat dan sebagainya disebabkan membuat tugas yang tidak penting.

Nasihat saya sekali lagi, utamakan tugas penting yang diberikan. Anda sepatutnya telah paham meyahuti tugas disebabkan bekarih untuk mendapatkan lurih ada risikonya yang tersendiri, tetapi jangan sampai anda menyerahkan tugas penting yang diberikan kepada anda itu anda serahkan kepada orang lain, sebab orang lain ada juga tugasnya yang sendiri. Anda telah bekarih untuk menyahuti tugas tersebut tetapi tidak sanggup bejarih, dihujung cerita mahukan lurihnya. Sekiranya anda tidak dapat jalankan tugas yang kurang penting itu, tangguhkan terlebih dahulu untuk sementara, tidak perlu menyerah-nyerahkan tugas pada orang lain.

Hendakkan seribu lurih, sanggupkan bekarih untuk bejarih. Jangan sesekali mahu bekarih tetapi tidak sanggup bejarih tetapi mahukan lurih. Jangan hanya pandai memberi tugas atau mengulun-ulun orang lain semata-mata anda tidak mahu bejarih. Ingat orang lain juga ada tugasnya yang diberi, jangan menambah jarih pada dirinya, apatah lagi dia berstatus biasa sahaja.

(akan disambung)

BAB 6: Realiti Dahulu & Sekarang

Lokasi: Sekolah
Masa: 7.30-12.30
Fokus: Pelajar

Bab ke-5 untuk kali ini berbeza sedikit dengan bab yang sebelumnya kerana fokus penulisan penulis berkisar dengan pelajar di alam persekolahan, perbandingan pelajar dahulu seperti yang dialami oleh penulis dan sekarang dengan pemerhatian terhadap pelajar.

Mengimbas kembali zaman persekolahan penulis 10 ke 15 tahun yang lalu, terlalu banyak bezanya bukan sahaja dari segi material tetapi juga dari sikap pelajar itu sendiri. Ketika penulis di alam persekolahan, tidak pernah ada pelajar yang memiliki telefon bimbit atau mobile phone. Mengikut perkiraan penulis, hanya pada tahun 2002 dan seterusnya telefon bimbit itu mudah didapati terutamanya bagi golongan pelajar, walaupun ketika itu skrin telefon bimbit masih berwarna hitam putih.

Selari dengan kemudahan telefon bimbit ini, pelajar mudah terdedah dengan banyak informasi dan maklumat tanpa mengira had, sempadan, tanpa mingira umur, bangsa dan agama.

Penulis percaya, dengan kemajuan ini, pelajar mudah rebel atau memberontak kerana terikut-ikutkan rentak budaya yang diambil pinjam dari luar. Jika dahulu pelajar takut untuk bersuara ketika guru mengajar, apatah lagi membuat sesuatu yang boleh menyebabkan satu kesalahan. Lihat pelajar di zaman ini, sejauh mana bezanya?

BAB 4: C.I.N.T.A vs DUIT

Cinta zaman sekarang berbeza dari cinta zaman orang tua kita dahulu. Dengan kepesatan dan perkembangan dunia yang bergerak pantas, tanpa adanya duit, kita tidak akan ke mana-mana. Betullah sekirannya ada pepatah mengatakan “no money, no love”.
Soalannya mengapa mesti ada duit dalam percintaan?. Yelah, tak ada duit camane nak bawa you all punya girlfren pergi tengok wayang, nak belanja makan pula, nak bayar minyak lagi. Tak syok lah pula girlfren you all pula yang nak bayar semua itu untuk you all.
Bagi kaum lelaki pula, bukan setiap masa beg duit kita ne sentiasa tebal, tambahan pula bagi mereka yang nak membalas budi kedua orang tua, nak bayar keta pula, nak bayar e-speed, nak beli recharge card pula, so nak bawa girlfren tu mungkin sebulan sekali saja. Tak best sekiranya girlfren yang belanja kita, seolah-olah kita ne tak dapat beri bantuan kat mereka. Kaum perempuan pula, dapat boyfren yang ada package kan best, ada karier ofcoz la ada gaji, ada keta, ada rupa tu bonus la. Well, pada pendapat saya, mengapa perlu memandang pada duit ringgit seseorang untuk “cinta”?.
Penulis ingin mengongsikan pengalaman kepada pembaca. Penulis ne bukanlah berasal dari keluarga yang serba kaya dan mewah, nak katakan susah tak juga, nak kata senang jauh sekali. Selepas tamat saja pengajian di universiti tempatan, penulis langsung belum bekerja, kira menunggu dipanggil. Dalam tempoh masa 11 bulan mencari pekerjaan, masih belum dapat, penulis langsung tidak mempunyai duit. Well penulis berasa bersyukur kerana mendapat seorang teman istimewa yang sangat memahami penulis. Hari demi hari dijalani, adakalanya penulis memikirkan seuatu hari teman istimewa akan meninggalkan penulis kerana status penulis yang belum mempunyai sebarang perkerjaan. Namun itu semuanya pemikiran negative sahaja. Dia selalu membantu penulis sekiranya penulis betul-betul memerlukan bantuan dari segi kewangan, adakalanya dia membawa penulis menonton wayang dan membawa makan, penulis berterus terang padanya, bahawa penulis tidak mempunyai duit, tetapi dia mengatakan agar tidak bimbang. Setelah beberapa bulan berlalu, penulis sudah berkerja, sudah tiba masanya penulis pula membantu dia sekiranya dia dalam kesusahan.
So, memanglah cinta dan duit itu tidak dapat dipisahkan, tetapi duit bukanlah syarat utama dalam percintaan. Percintaan bergantung pada keserasian pasangan tersebut dalam menjalani liku-liku kehidupan, saling membantu dalam kesusahan dan sebagainya. Pepatah “no money, no love” itu perlu ditukar “no money, i’m still loving you”.
Cinta datang dari hati yang suci, bukan memandang pada status ringgit sesorang, ingatlah cinta yang datang dari hati yang suci ialah cinta sejati, tetapi cinta yang datang kerana memandang duitnya adalah cinta pada duit bukan cinta pada pemilik duit itu.